ABOUT LINKS TAG
introduction

-Sebuah badan akademik ter-aktif di sebuah sekolah , Maktab Mahmud Alor Setar.

-Dikelolakan oleh beberapa orang guru yang diketuai oleh Pn. Faridah Akma Binti Wahid

Sekitar Program Malam Sains & Al-Quran MMAS 2014 // Friday, July 24, 2015
1:44:00 PM

Kami telah mengadakan satu program pada pertengahan tahun 2014 yang dinamakan program Malam Sains & Al-Quran.

Program ini bertujuan untuk menghubungkaitkan tentang pengetahuan sains & ilmu ilmu yang terkandung dalam Al-Quran .

Berikut merupakan beberapa gambar sekitar program , x) 







keadaan di dalam dewan sebelum ceramah bermula , 



jamuan ringan buat tetamu yang sudi hadir ,


barisan AJK & MT form 5 2014 (puteri) ,



barisan AJK BSDM form 3 & form 4 2014 (puteri)



Kempen Kitar Semua { Minggu Kitar Semua } 2014 //
1:36:00 PM


Gambar sebelah putera ,




Gambar sebelah puteri ,



guru yang bertugas sewaktu aktivit dijalankan ; Pn. Norhasni :) 




Rahsia Solat Dari Sudut Sains & Kesihatan // Sunday, July 20, 2014
5:56:00 PM
Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:
AKTIVITI OTOT – Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
ISYARAT OTAK – Ng Siew Chok
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
KOMPOSISI TUBUH – Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari .


Hidupan Berasal Daripada Air? // Thursday, June 5, 2014
12:46:00 AM
Bismillahirrahmanirrahim...

Firman Allah SWT yang bermaksud ;

"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu, kemudian dipisahkan antara kedua-duanya. Hal ini adalah selari dengan kejadian Big Bang mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan. Tanpanya hidupan tidak wujud sama sekali.



Molekul Air
Air Asas kepada Segala Hidupan?

Air tidak hanya penting dalam proses kejadian langit dan bumi, ia juga penting bagi hidupan-hidupan di dunia. Hal ini ditegaskan Allah di beberapa tempat dalam Al-Quran, sebagai contoh, dalam Surah Al-Anbiya' ayat 30 Allah berfirman, "Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."

Ia juga terdapat dalam Surah An-Nuur ayat 45 yang bermaksud,"Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air."

Mengikut BBC News dalam segmen Science and Nature (Space) bertarikh 27 Mei 2006, pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kepada kehidupan. Tanpanya, kehidupan tidak boleh wujud dan sekiranya ia wujud, ia tidak boleh berterusan tanpa air.

Kenyataan bahawa hidupan bermula daripada air mendapat kekuatan tambahan dengan penemuan terbaru yang mendapati hidupan mungkin bermula di bawah lautan. Mengikut BBC News Online bertarikh 9 September 1998, di segmen Sci/Tech bawah tajuk Springing To Life Under The Sea, Saintis-saintis mengatakan rahsia mengenai kewujudan hidupan yang awal di dunia mungkin wujud 9000 kaki di bawah lautan Atlantik. Di situ para Saintis menemui semburan Hidrogen dan selepas mereka mengkaji persekitarannya, mereka merasakan ia sesuai bagi melahirkan kehidupan di peringkat awal.

Setiap hidupan terbina daripada sel dan kehidupan sel bergantung kepada protoplasma dan protoplasma memerlukan air untuk hidup kerana 80 peratus daripadanya adalah air, justeru tidak boleh wujud sebarang hidupan tanpa air.

Kesemua penemuan ini menunjukkan kenyataan al-Quran bahawa segala kehidupan bermula daripada air adalah benar dan dapat disahkan melalui kajian Sains.

Sumber : Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin

**Nabi Adam AS berasal daripada tanah. Dan benih manusia berasal dari Adam dan Hawa. Ini bermakna, kesemua manusia berasal daripada tanah. Wallahua'lam.

Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya.” (QS Shaad: 71-72)
Dalam ayat lain, Allah Swt berfirman: “Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air mani…” (QS Faathir: 11)




// Monday, June 2, 2014
12:44:00 PM


Subhanallah , keajaiban air mata manusia !

Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang amat sangat ajaib, jadi siapa bilang orang yang menangis terus air matanya kering? justeru orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya.

Siapa kata menangis tak ada gunanya? Kelamaan menangis memang membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.
 
1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.
 
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat tites mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus baktiria-baktiria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
 
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bleh menurunkan tingkat emosii kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
 
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.
 
5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangi stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
 
6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun pada azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.
 
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.


// Sunday, June 1, 2014
9:43:00 PM



Posisi Tidur Terbaik Menurut Islam Dan Sains

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan meregangnya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman .


//
8:59:00 PM
MANFAAT KESiHATAN DALAM SOLAT




TAKBIRATUL IHRAM : Berdiri tegak, mengangkat ke 2 tangan sejajar telinga, LaLu melipatnya didepan perut atau bawah dada. ini brmanfaat untuk melancarkan aliran darah & kaya oksigen, getah bening, dan kekuatan otot lengan serta menghindarkan gangguan persendian.

RUKU’ : Ruku’ yang sempurna dengan meluruskan tulang belakang, kepala lurus dengan tulang belakang, gerakan ini bermanfaat untuk menjaga kesempurnaan posisi serta fungsi tulang belakang sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksimal pada tubuh bagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi untuk merelaksasikan otot-otot bahu. serta rukuk adalah sarana latihan bagi kemih sehingga gangguan prostate dapat dicegah

I’TIDAL : Bagun dari ruku’, tubuh kembali tegak setelah mengangkat kedua tangan setinggi telinga, gerakan ini bermanfaat untuk melatih yang baik bagi organ-organ pencernaan atau melancarkan pencernaan.

SUJUD : Gerakan ini berguna untuk memompa getah bening kebagian leher, ketiak dan menyebabkan daerah kaya oksigen bisa mengalir ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh karena itu, sebaiknya sujud dilakukan dengan tidak tergesa-gesa agar darah bisa mencukupi kapasitasnya diotak, khusus bagi wanita ruku’ dan sujud memiliki manfaat yang luar biasa bagi kesuburan dan kesehatan organ kewanitaan.

DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD : Berguna untuk menghindari nyeri pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tak mampu berjalan. Serta Duduk tawarru’ { pergelangan kaki kiri dibawah pergelangan kaki kanan } ini sangat baik bagi pria sebab tumit menekan aliran kandung kemih, kelenjar kelamin pada pria dan saluran vas deferens. Sehingga mampu mencegah impotensi dan menjaga kelenturan serta kekuatan organ-organ gerak kita.

SALAM : Bermanfaat untuk merileksasikan otot leher dan kepala, menyempurnakan aliran darah di kepala sehingga mencegah sakit kepala dan menjaga kekencangan kulit wajah.

| Semoga bermanfaat. Dan jangan pernah tinggalkan solat, semoga Allah selalu mencurahkan kesihatan kepada kita semua baik jasmani maupun Rohani.
Aamiinkan doa ini saudaraku :
“Semoga ALLAH bimbing kita agar senantiasa menjadi hamba-Nya yang tidak meremehkan waktu solat, dan waktu2 yang sudah ALLAH berikan untuk kita, terhindar dari maksiat dan perzinaan, dekat dengan ibadah kepada ALLAH SWT. aamiin”
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat, dan teman-teman. Semoga pahala ini terus tersebar hingga membukakan pintu hati setiap orang yang membacanya |


//
8:30:00 PM
Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan

Menurut Perspektif Islam Dan Sains

Oleh:
Dr. Abu Bakar bin Abdul Majid
Mantan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kesihatan Awam,
Kementerian Kesihatan Malaysia

Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukosa darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badanSuatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996.  Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. 

Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.

Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Pada bulan Ramadhan al-Mubarak, seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok. Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. 

Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain.
 



//
8:06:00 PM

Quran & Teori Kejadian Alam (The Big Bang Theory)

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ 
Maksudnya: "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS Al-Anbiya' : 30)

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, dijelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan.

Terdapat dua perkataan dala ayat ini, Ratqa dan Fataq. Ratqa berasal dari perkataan arab rataqa yang bermaksud sew up, ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup. Fataq pula berasal daripada bahasa arab fataqa yang bermaksud unsew, tear apart iaitu dibuka atau dibelah. Ini melambangkan sesuatu yang terbuka dan terungkai.

Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, "Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dijelaskan oleh Allah dalm ayat ini."

Kebenaran ayat Allah ini dibuktikan melalui Teori Big Bang, teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis mengenai permulaan alam semesta pada hari ini. Berdasarkan laporan yang terdapat dalam laman web NASA, dalam segmen Big Bang Cosmology, kejadian alam bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa meter sahaja. Sejak dari tarikh itu, ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti yang dilihat pada hari ini.


Misteri Black Hole dalam Al-Quran // Monday, March 24, 2014
6:18:00 PM
black-hole

Firman Allah yang bermaksud,“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun,”

[QS. Al Isra’: 44]

PERNAH mendengar black hole? Bintang raksasa berbentuk lubang hitam yang mampu menyedut dan menyapu semua benda langit di sekitarnya. Black Holes atau lubang hitam boleh dikatakan sebagai penemuan paling fenomenal di abad 20 dalam bidang astronomi. Sebelumnya, tiada seorang ilmuwan yang pernah membayangkan bahawa di langit ada sejumlah bintang yang tampak mengerikan apalagi bintang itu memang tidak terlihat.

Black holes atau lubang hitam seperti definisi ilmuwan NASA adalah medan gravitasi sangat kuat. Akibatnya, benda-benda langit tersedut dengan intensitas tinggi tanpa terkecuali. Dikatakan kuatnya, sehingga cahaya pun tidak boleh terlepas dari sedutan. Black hole terbentuk ketika sebuah bintang besar mulai habis usianya akibat kehabisan tenaga dan bahan bakar. Walaupun tidak terlihat, black hole memiliki magnet tingkat tinggi.

Fakta dan Angka

Mengenai ciri-cirinya, Black Hole seberat bumi itu diameternya kurang dari satu sentimeter sahaja! Dan Black Hole seberat matahari itu diamenternya hanya 3 km. SubhanAllah!
Black Hole ukuran sedangnya itu beratnya 10.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000 kilogram, atau 10 pangkat 31, dengan diameter 30 km saja. Ada banyak Black Hole di pusat galaksi kita dan galaksi-galaksi lain, dan satunya memiliki berat jutaan kali berat matahari. Diperkirakan jumlah Black Hole di alam raya ini jutaan bahkan ribuan juta.

Bagaimana Ilmuwan Melihat Benda ini?

Bagaimana ia boleh dilihat sedangkan ia tidak mengeluarkan pancaran cahaya? Muncul pemikiran dari seorang peneliti bahawa Black Hole itu memiliki ukuran tertentu, dan ia berjalan di ruang angkasa. Ia pasti akan lewat di depan sebuah bintang sehingga cahayanya tertutup dari kita, seperti kejadian Gerhana Matahari. Setelah idea itu dilaksanakan dan terbukti benar, maka para ilmuwan bersepakat bahawa cahaya bintang tersebut tertutup kerana lewatnya Black Hole, sehingga mengakibatkan tertutupnya pancaran cahaya yang bersumber dari bintang tersebut. Hal itu terjadi selama jangka waktu tertentu, kemudian bintang tersebut kembali menunjukkan sinarnya.

Black Hole dalam Al Quran

Al Quran menyebutkan banyak fenomena alam raya dan benda-benda luar angkasa, bintang, planet, nama bintang, galaksi dan lain-lain. Sebelum menceritakan adanya fenomena Black Hole dalam Al-Quran, mari kita perhatikan ayat yang paling dekat untuk dikaji. Iaitu di surat At-Takwir ayat 15-16. Firman Allah yang bermaksud, “Aku bersumpah demi bintang tersembunyi. Yang bergerak cepat yang menyapu.”

1. Dalam ayat ini Allah bersumpah dengan salah satu makhluk-Nya yakni bintang yang bernama atau memiliki tiga karakter. Pertama, khunnas (الْخُنَّسِ)yang tersembunyi dan tidak terlihat. Kerana, setan disebut juga khannaas (الخناس) karena ia tidak terlihat oleh bani Adam. Ini umpama yang disebutkan ilmuwan tentang karakter black hole yakni; invisible. Kedua, aljawaar (الْجَوَارِ) bergerak cepat dan sangat cepat. 

2. Ini karakter black hole kedua moves. Lafaz Al Quran tajri lebih perfect dibanding penjelasan ilmuwan sebab kata ia bermakna bergerak cepat atau lari. Sementara moves tidak menggambarkan bergerak dengan cepat.  

3. Ketiga, al kunnas (الْكُنَّسِ) yang menyapu dan menelan setiap yang ditemuinya. Ini karakter black hole vacuum cleaner.
Kunnas berasal dari kanasa artinya menyapu, miknasah alat untuk menyapu. Kunnas bentuk jamak dari kaanis yang menyapu. Kunnas adalah shigat muntaha jumuk (bentuk jamak paling tinggi) dari bentuk tunggal kaanis.

# Para ulama tafsir klasik menjelaskan makna khunnas al jawaril kunnas adalah bintang yang cahayanya tidak muncul di siang hari dan muncul di malam hari. Namun ini hanya penafsiran bukan makna sesungguhnya. Penafsiran paling sesuai dengan realitas alam raya adalah black holes.
# Barangkali hal ini juga yang diisyaratkan oleh Al-Quran, “Apabila matahari digulung,” (QS. At Takwir: 1). [sumber: harunyahya/hasanalbana]


Hikmah Di Sebalik Larangan Rasulullah SAW Meniup Air Panas // Saturday, March 1, 2014
4:49:00 PM
Pada suatu ketika, Rasulullah pernah melarang sahabat baginda meniup minuman yang panas agar menjadi sejuk. Tetapi, baginda tidak memberitahu akan sebab-musababnya. Juga, ada beberapa hadis Nabi Muhammad SAW melarang kita bernafas ketika meminum air, di antara salah satunya ialah :

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ


Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Abu Qatadah, daripada bapanya berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda apabila salah seorang kamu minum maka jangan bernafas dalam bekas minuman.


Hadith di atas dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya Sahih Bukhari dalam kitab minuman bab larangan meniup ke dalam bekas. Nombor hadith 5199.





Kajian Sains pada hari ini menyatakan bahawa, apabila kita menghembuskan nafas di dalam air, molekul udara akan mengubah molekul dalam air menjadi zat asam yang akan membahayakan kesihatan. Sebagaimana yang kita ketahui, air mempunyai 2 buah atom Hidrogen dan 1 buah atom Oksigen yang mana 2 atom Hidrogen tersebut terikat dalam 1 buah atom Oksigen. Dan apabila kita hembus nafas pada minuman, kita akan mengeluarkan Karbon Dioksida (CO2). Dan apabila Karbon Dioksida (CO2) bercampur dengan air (H20), ia akan menjadi sesuatu molekul yang dikenali sebagai Asam Karbonat (H2CO3). Zat asam inilah yang berbahaya bila masuk ke dalam tubuh kita. Ia akan menyebabkan salah satu penyakit yang merbahaya iaitu Penyakit Jantung.

Pengajaran : Setiap perbuatan, perilaku, tindakan Nabi Muhammad semuanya ada Hikmah yang tersendiri. Kita hanya mengikut sahaja Sunnahnya, usah dipertikaikan Sunnah yang dilakukan oleh seorang Insan yang bernama Muhammad semenjak 1400 dahulu. "Dan tidak aku ucapkan berdasarkan nafsu, kecuali ia adalah Wahyu daripada Allah."

Maaf salah silap. Yang baik dari Allah, yang buruk dari kesalahan diri saya sendiri, hakikatnya, kedua-duanya dari Allah SWT. Astaghfirullah. Wallahua'lam Wa Ilaihil Marji' Wal Maab.


perginya se0rang perindu syahid =) // Friday, November 2, 2012
11:26:00 PM

memoir Asy-Syahid DR. ABDULLAH AZZAM
anak Palestin, jihad di Afghan, syahid di Pakistan

dahulu,beberapa kali percubaan dilakukan oleh pihak yang tidak dikenali untuk membunuh syeikh Abdullah Azzam ketika di Afghanistan dan di Pakistan. Namun Allah menyelamatkan beliau. Pernah di suatu ketika, mimbar masjid tempat beliau dijangka akan berkhutbah meletup hanya beberapa minit sebelum khutbah. melihatkan percubaan demi percubaan tu, murid-murid Syeikh mencadangkan supaya beliau dipakaikan baju kalis peluru. APA JAWAB MUJAHID INI???

"AKU TIDAK PERLUKAN BAJU KALIS PELURU.
KERANA ALLAH BERFIRMAN (MAKSUDNYA), "KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD) SESENGGUHNYA MATI YANG KAMU LARI DARIPADANYA PASTI AKAN MENEMUIMU."
AKU TIDAK AKAN MENINGGALKAN BUMI JIHAD MELAINKAN 3 KEADAAN :
1) SAMA ADA AKU DIBUNUH DI PESHAWAR
2) ATAU AKU DIBUNUH DI AFGHANISTAN
3) ATAU AKU DIHALAU KELUAR SECARA PAKSA DI PAKISTAN
KE PINTU SYURGA..
pagi jumaat 24 November 1989,anaknya Huzaifah melihat ada kelainan pada tindak-tanduk dua adik-beradiknya Muhammad dan Ibrahim. di sudut yang lain bapa mereka, Dr. Abdullah Azzam sedag tekun menyiapkan teks kenyataan perjanjian damai yang dihasilkannya pada malam itu untuk diumumkan ketika khutbah Jumaat nanti. setelah selesai menulis,Abdullah mengajak anak-anaknya ke masjid.
oleh kerana Huzaifah belum bersedia, maka Abdullah bergerak terlebih dahulu bersama Muhammad adan Ibrahim dengan menaiki sebuah kereta. selepas lebih kurang 5 minit, terdengar letupan yang sangat kuat dan dahsyat. Ummu Muhammad yang sedang memasak ketika itu keluar dengan tenang dan berkata kepada Huzaifah, " pergilah lihat bapamu". Dia yakin, letupan itu adalah panggilan syahid buat suaminya. sudah sekian lama dia menanti saat Allah menganugerahkan suaminya dengan gelaran SYAHID....
apabila Huzaifah tiba di tempat kejadian, kelihatan kereta bapanya terpisah kepada 3 bahagian akibat letusan 20kg TNT. Jenazah Muhammad tercampak 100 meter dari kereta, dan Ibrahim pula pada jarak 60 meter. sedangkan jenazah bapa mereka Asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam sedang tersenyum di tepi kereta dihiasi dengan sedikit luka-luka ringan.....
semoga Allah SWT menerima beliau sebagai syuhada' dan menganugerahinya tempat tertinggi di syurga. amin..
FROM: JUNDI RESOURCES
subhanallah!! lihatlah betapa rindunya ulama' ini terhadap syahid,betapa tenang dan redho isterinya melepaskan suami yang tercinta tanpa ada sedikit keluhan mahupun ratapan... bagaimana dengan kita?? renung-renungkan dan moga ianya membantu dalam kita koreksi iman.
TAKBIR!!!
ALLAHUAKBAR!


❤`·.¸.¸¸.•*❤ Syiling Dan Batu = Pemberian Dan Musibah ❤`·.¸.¸¸.•*❤ // Wednesday, October 31, 2012
10:21:00 PM
TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.



P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperita
n dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

 


PERUT OH PERUTT //
6:21:00 AM
Alkisah dua orang pelajar syariah tengah makan tengahari.Si A mengambil sepinggan nasi beserta lauk, lalu dia duduk dan makan. Begitu juga sahabatnya si B.
Belum sempat si A selesai menyuap suapan yang ke-3, si B sudah bangun menambah.
Pelajar A: Oi, cepatnya engkau tambah!Pelajar B: Sesungguhnya Allah mencipta makhluknya berpasangan, aku ikut sunnatullah je, dua.Pelajar A: . . .
--Kemudian baru suapan ke enam pelajar A, si B sudah licin pinggannya dan tambah lagi.A: Tadi kata berpasangan?B: Sunnah Rasul buat sesuatu 3 kali. Macam wudhu', beri salam, dan lain-lain, maknanya 3 ni bilangan istimewa. Rasul SAW kalau ulang sesuatu yang penting pun 3 kali.A: . . .
--Tak sampai seminit, si B tambah lagi!A: Lapar betul engkau ni! Tadi kata ikut sunnah?B: Seorang lelaki boleh berkahwin empat, itu had nafsunya. Sedangkan kahwin pun boleh empat, apa salahnya makan empat?A: Nafsu pulak . . .
--A baru habis separuh pinggan, si B tambah lagi!A: Kuat betul nafsu engkau!B: Kalau solat yang menjadi makanan rohani itu lima kali sehari, nasi pulak makanan jasmani. Yang penting khusyuk!A: Pandai-pandai je...
--Dan B seterusnya tambah pinggan yang keenam.A: Hai... solat sunat pulak ke?B: Allah mencipta alam langit dan bumi bukan gedebok sekaligus, tapi Allah bahagi-bahagikan ke enam hari, yakni enam peringkat. Allah ajar kita, buat sesuatu mesti bersistem, ada tahap-tahapan! Jadi aku makan pun bukan sekaligus, tapi sikit-sikit, enam peringkat, ikut sunnatullah.A: . . .
--A hanya tersenyum sumbing. Dia baru nak habis sepinggan, B dah tambah lagi.A: Hebat gila selera engkau.B: Angka tujuh ialah angka yang istimewa. Allah cipta tujuh hari seminggu, tujuh langit, tujuh ayat surah al-Fatihah, dan banyak lagi contoh lain keistimewaan angka tujuh.
A: (tersenyum sinis) Meh aku beritahu engkau sesuatu.B: Apa dia?
A: Aku baru makan SATU pinggan. Engkau dah makan TUJUH. Bukan ke Nabi s.a.w bersabda yang orang kafir makan dengan TUJUH perut, sedang orang Islam hanya makan dengan SATU perut?
B: LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH! Nasib baik engkau ingatkan! Meh aku tambah lagi sepinggan, biar tak menyamai orang kafir!
A: (tepuk dahi kuat-kuat)
--------------------
Kesimpulan:Orang agama atau orang yang cerdik adakalanya lebih pandai memutar-belit hujah jika mereka tidak jujur. Maka bertakwalah kepada Allah, sama ada anda belajar agama atau tidak. Lebih-lebih lagi jika anda belajar agama. Dan nilailah setiap perkataan dengan neraca iman dan ilmu, dan bertanyalah kepada orang yang lebih alim dan dipercayai kejujurannya. Kalau manusia biasa pun pandai mencipta alasan, inikan pula orang alim dan cerdik pandai!