ABOUT LINKS TAG
introduction

-Sebuah badan akademik ter-aktif di sebuah sekolah , Maktab Mahmud Alor Setar.

-Dikelolakan oleh beberapa orang guru yang diketuai oleh Pn. Faridah Akma Binti Wahid

Hikmah Di Sebalik Larangan Rasulullah SAW Meniup Air Panas // Saturday, March 1, 2014
4:49:00 PM
Pada suatu ketika, Rasulullah pernah melarang sahabat baginda meniup minuman yang panas agar menjadi sejuk. Tetapi, baginda tidak memberitahu akan sebab-musababnya. Juga, ada beberapa hadis Nabi Muhammad SAW melarang kita bernafas ketika meminum air, di antara salah satunya ialah :

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ


Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Abu Qatadah, daripada bapanya berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda apabila salah seorang kamu minum maka jangan bernafas dalam bekas minuman.


Hadith di atas dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya Sahih Bukhari dalam kitab minuman bab larangan meniup ke dalam bekas. Nombor hadith 5199.





Kajian Sains pada hari ini menyatakan bahawa, apabila kita menghembuskan nafas di dalam air, molekul udara akan mengubah molekul dalam air menjadi zat asam yang akan membahayakan kesihatan. Sebagaimana yang kita ketahui, air mempunyai 2 buah atom Hidrogen dan 1 buah atom Oksigen yang mana 2 atom Hidrogen tersebut terikat dalam 1 buah atom Oksigen. Dan apabila kita hembus nafas pada minuman, kita akan mengeluarkan Karbon Dioksida (CO2). Dan apabila Karbon Dioksida (CO2) bercampur dengan air (H20), ia akan menjadi sesuatu molekul yang dikenali sebagai Asam Karbonat (H2CO3). Zat asam inilah yang berbahaya bila masuk ke dalam tubuh kita. Ia akan menyebabkan salah satu penyakit yang merbahaya iaitu Penyakit Jantung.

Pengajaran : Setiap perbuatan, perilaku, tindakan Nabi Muhammad semuanya ada Hikmah yang tersendiri. Kita hanya mengikut sahaja Sunnahnya, usah dipertikaikan Sunnah yang dilakukan oleh seorang Insan yang bernama Muhammad semenjak 1400 dahulu. "Dan tidak aku ucapkan berdasarkan nafsu, kecuali ia adalah Wahyu daripada Allah."

Maaf salah silap. Yang baik dari Allah, yang buruk dari kesalahan diri saya sendiri, hakikatnya, kedua-duanya dari Allah SWT. Astaghfirullah. Wallahua'lam Wa Ilaihil Marji' Wal Maab.