ABOUT LINKS TAG
introduction

-Sebuah badan akademik ter-aktif di sebuah sekolah , Maktab Mahmud Alor Setar.

-Dikelolakan oleh beberapa orang guru yang diketuai oleh Pn. Faridah Akma Binti Wahid

Bahana Penyakit Pneumonia (Radang Paru-paru) // Sunday, December 2, 2012
5:51:00 AM

Kadang-kadang kita tersilap, kadang-kadang kita keliru, dan kadang-kadang kita buat tidak tahu. Tahukah kita bahawa pneumonia merupakan PEMBUNUH NOMBOR SATU kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, bukan sahaja di sesetengah negara, tetapi di seluruh dunia. Atas kecelaruan maklumat yang tidak dapat dielak ini, yang selalunya diakitkan dengan batuk dan selesema biasa,  mangsa selalunya hanya membiarkannya melarat atau memberikan jenis ubat yang salah, tanpa mahu merujuk kepada doktor.
Kesilapan yang lazim berlaku adalah faktor ibu bapa yang tidak mahu membuat pemeriksaan doktor atau sengaja melengah-lengahkan pemeriksaan anak-anak mereka tanpa mengetahui bahaya -bahaya yang bakal diahadapi oleh anak-anak tersebut. Kanak-kanak yang selalunya akan menghadapi kesukaran bernafas , ekoran pengumpulan cecair dalam alveoli paru-paru , sekaligus menggangu penyerapan oksigen.
Dianggarkan lebih dari 150 juta kes pneumonia berlaku diseluruh dunia setiap tahun dan sebahagian besar kes melibatkan kanak-kanak dibawah umur lima tahun. Ini baru anggaran bagi negara-negara membangun. Asia Tenggara dan Afrika jika digabungkan mencatat lebih dari separuh daripada keseluruhan kes-kes di seluruh dunia. Pada tahun 2008, seramai 8.8 juta kanak-kanak meninggal dunia akibat pneumonia.

Bahaya Pneumonia menyerupai Barah

Menurut Perangkaan Sebab Kematian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2008, pneumonia mengungguli tangga kedua dalam carta sebab kematian utama selepas penyakit jantung, iaitu sebanyak 7% daripada keseluruhan kes kematian. Pada tahun sebelumnya pula, pneumonia hanyalah berada di tempat keempat namun masih dapat menjadi punca kematian yang lebih utama dari kemalangan jalanraya. Ini bermakna pneumonia wajar diberikan perhatian setanding dengan penyakit jantung, barah dan sebagainya.
Pneumonia atau nama lainnya adalah radang paru-paru di kalangan rakyat Malaysia , disebabkan pelbagai organisma antaranya bakteria, virus , dan fungi. Kajian terkini menunjukkan bakteria utama penyebab pneumonia adalah Streptococcus pneumoniae ( kadar yang tinggi di negara-negara membangun ) dan Haemophilus influenza type b (Hib).
paru2
Simptom yang berbeza -beza ditunjukkan oleh pesakit pneumonia berdasarkan umur dan penyebab jangkitan.
Contoh :
1) penyebab bakteria : demam panas, sesak nafas
2) penyebab virus : jangkitan perlahan-lahan dan meningkat mengikut masa

Simptom-simptom pneumonia yang biasa dikalangan pesakit adalah :
-sesak nafas
-batuk
-demam
-sakit kepala
-hilang selera
Kanak-kanak yang menghidap AIDS dan campak berisiko tinggi untuk dijangkiti pneumonia, ditambah lagi dengan faktor-faktor seperti persekitaran rumah yang sesak atau mempunyai ibu bapa yang merokok. Pneumonia cenderung menjangkiti  kanak-kanak ekoran sistem imun mereka yang lemah , terutama bayi yang kekurangan susu ibu yang mencukupi, atau kurang pengambilan makanan-makanan berzat besi. Bakteria boleh tersebar melalui air yang tercemar mahupun melalui darah. Mekanisme jangkitan adalah seperti berikut:
-bakteria berada dalam salur pernafasan
-masuk ke dalam paru-paru melalui sedutan
Pneumonia boleh dielakkan dengan memastikan nutrisi yang mencukupi terutamanya bagi kanak-kanak. Langkah-langkah lain termasuklah meningkatkan kadar imunisasi setempat melalui vaksin, mengurangkan pencemaran udara dan termasuklah membasuh tangan dengan kerap. Kesedaran dalam kalangan pengamal perubatan juga amat penting supaya pneumonia ini dapat dikesan dari awal dan dapat dirawat dengan sebaiknya. Ini kerana pneumonia lebih mudah dirawat sekiranya diprekripsi dengan antibiotik yang sesuai dengan jenis patogen. Oleh itu, tidak keterlaluan sekiranya setiap kanak-kanak terus disyaki dijangkiti pneumonia apabila terdapat dua tanda yang paling jelas untuk menggambarkan pneumonia, iaitu pernafasan yang pantas dan kesukaran bernafas.

Fight Pneumonia, Save a Child 

Oleh itu, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah melancarkan Hari Pneumonia Sedunia dengan moto Fight Pneumonia, Save a Childyang bertujuan untuk :
  • Meningkatkan kesedaran tentang pneumonia
  • Menggalakkan langkah-langkah perlindungan, pencegahan dan rawatan pneumonia
  • Menjana tindakan untuk melawan pneumonia